ProParenting
← Otak & Pembelajaran

Stress yang melampau?

Sebenarnya kita dan pasangan kena belajar ilmu pertolongan cemas psikologi ( psychological first aid )

Cuma saya boleh share kat sini ilmu paling basic tentang Psychological First Aid ni sebab nak belajar mendalam kena pergi kursus tau

Boleh buat 3L ni bila nampak pasangan tengah stress yang melampau :

i. Look
ii. Listen
iii. Link

🔺Look - tengok keadaan dia, pastikan dia selamat dulu dan tanya apa yang terjadi

🔺Listen - duduk sebelah dia, dengar je luahan si dia, jangan cantas, jangan judge, jangan bagi solusi apa apa, bagi dia luah sampai dia tenang

🔺Link - carikan tempat rujuk untuk si dia samada bawa ke hospital ke atau jumpa kaunselor ke

p/s : Tolong forward dan bagi info dan ilmu ni pada pasangan masing masing juga ya. Penting sangat! At least pasangan ada ilmu ni bila kita sedang stress melampau 🔥

Situasi anda lain sikit?

Ceritakan kepada Aina. Ia akan rujuk nota ini dan nota lain yang berkaitan.

Tanya Aina →

Asal: Telegram