ProParenting
← Iman & Doa

Stress anak menangis?

Antara cara untuk jadi ibubapa yang lebih KEBAL & TAHAN tangisan adalah kita kena ubah mindset kita terhadap tangisan anak

Sebelum ni kita faham tangisan tu adalah sebab :

⚠️ anak saja nak mengamuk
⚠️ anak saja nak emosi
⚠️ anak saja nak manipulate

Cuba kali ni kita faham tangisan sebagai :

✅ cara anak berkomunikasi
✅ cara anak ubati luka emosi
✅ cara anak tenangkan diri
✅ cara anak matangkan kawalan emosi & kemahiran adaptasi

InsyaAllah bila kita berjaya nampak tangisan anak daripada sudut berbeza, stress kita pun akan ikut berkurangan sekali.

p/s : Dah tahu ni terus amal boleh? ❤️

Situasi anda lain sikit?

Ceritakan kepada Aina. Ia akan rujuk nota ini dan nota lain yang berkaitan.

Tanya Aina →

Asal: Telegram