ProParenting
← Hubungan & Kasih Sayang

Siapa sini nak jadi ibu yang lebih PENYAYANG?

Ibu yang penyayang ni hatinya tak kering

😭 kering kasih sayang
😭 kering harapan

Kalau kering, susah kasih sayang tu nak keluar mengalir pada anak-anaknya

Sebab tu kita kena mula cari kasih sayang Pencipta diri kita sebab kasih sayang Pencipta ni je yang takkan pernah kecewakan kita

💓 Kenang balik siapa kita
💓 Kenang balik siapa yang sustain dunia, anggota tubuh, fikiran & kesihatan diri kita

insyaAllah bila kita dah mula dapat rasa kasih sayang Pencipta, hati kita akan mulai terisi kembali

Ketika itu kita jadi mudah sangat nak sayang anak-anak kita tanpa perlu berlakon & dipaksa-paksa

Situasi anda lain sikit?

Ceritakan kepada Aina. Ia akan rujuk nota ini dan nota lain yang berkaitan.

Tanya Aina →

Asal: Telegram