Kita garang sangat?
Hmmm..kadang kita tak sedar kita ni jadi garang sebab :
❌ taknak anak buat silap langsung
❌ tak boleh tengok anak buat benda tak okay di mata kita
❌ nak anak buat benda yang sempurna je di mata kita
Sampai satu saat, perlahan-lahan anak jadi :
😟 Takut nak mencuba
😟 Takut buat benda baru
😟 Takut nak berkembang
😟 Terbentuk Fixed Mindset
Mungkin dah tiba masanya untuk kita buat benda ni di rumah :
👉 Wujudkan Zone of Productive Failure ( ZPF ) di rumah
Contohnya?
✅ Bagi anak masak sendiri sarapan dia
✅ Bagi anak buat eksperimen cuti sekolah sendiri
✅ Bagi anak cat dinding bilik dia sendiri
✅ Bagi anak baiki basikal dia sendiri
Nampak dah kan apa nak buat cuti sekolah ni kan?
insyaAllah anak yang tak dikritik dan dipantau terlampau ketat ni buatkan dia ada Growth Mindset yang hebat 💪
Ceritakan kepada Aina. Ia akan rujuk nota ini dan nota lain yang berkaitan.