ProParenting
← Adik-beradik

Anak bongsu dah 7 tahun?

Ada satu perkara penting mak ayah semua kena buat iaitu :

👉 Kurangkan "Infantilize" anak bongsu kita

Contoh Infantilize anak bongsu yang sudah Mumayyiz & pandai urus diri :

❌ Butangkan baju dia
❌ Makan bersuap lagi
❌ Dukung dia ke mana²
❌ Mandikan dia A to Z
❌ Anggap dia baby lagi

Ya umur 7 tahun ke bawah kita kena banyak bagi "act of service" pada dia tapi bukannya bermaksud kita buat segalanya bagi pihak anak kita 👌

Ada masanya kita perlu ajar dia buat sendiri kerana di situlah nanti dia akan kembangkan kemahiran berdikari

Situasi anda lain sikit?

Ceritakan kepada Aina. Ia akan rujuk nota ini dan nota lain yang berkaitan.

Tanya Aina →

Asal: Telegram